PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4

Saturday 12 January 2013

TEKNIK PERMAIAN ALAT GENDERANG (PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4)



KEMAHIRAN GENDERANG
Permainan alat genderang adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Kanak-kanak  pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat genderang  adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian dengan memainkan corak irama yang dipelajari.
Melalui Permainan alat gendering juga murid dapat membina koordinasi gerakan anggota badan. Dalam permainan alat gendering murid-murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Di samping itu, ensemble alat gendering mambina semangat kerjasama, bertolak ansur, berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap alat muzik.
Guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat gendering dan guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik sejak awal lagi.
1         TEKNIK PERMAINAN ALAT GENDERANG
Guru hendaklah menunjukkan pada murid cara memegang dan memainkan alat-alat  gendering dengan betul. Pastikan juga semua murid mendapat peluang bermain pelbagai jenis alat genderang yang terdapat di sekolah.

1.1               Kastanet
          (a)     Rupa bentuk
              Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik.Alat ini mempunyai 
              dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

(b)    Cara memgang dan memainkan kastanet
i)  Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan
    kastanet terletak di atas tapak tangan kiri.
ii) Ketuk kastanet dengan hujung jari sebelah tangan kanan.


1.2               Loceng
          (a)     Rupa bentuk
                   Loceng adalah sejenis alat genderang ringan. Gelongnya diperbuat
                   daripada plastic  dan terdapat loceng-loceng besi kecil dilekatkan   
                   disekelilingnya. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan
                   lembut apabila digoncang.




(a)  Cara memegang dan memainkan loceng
            Masukkan empat jari  ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digocang. Genggam pemegang bunyi dengan tangan kiri. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri tangan kanan yang tergenggam.


1.3               Tik- Tok ( Double-tone Block)

        (a)  Rupa bentuk
                    Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan  
                     sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi 
                     yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan 
                     bunyi daripada bahagian kiri.

(b)    Cara memegang dan memainkan tik-tok
(i)   Pegang tik-tok dengan tangan kiri  dan pengetuknya dengan tangan kanan.
(ii)  Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.


1.4               Tamborin
(a)      Rupa bentuk
          Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu  
          atau plastic.  Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang  
          menghasilkan bunyi apabila digoncang. Lazimnya terdapat dua  jenis tambarin
          iatu Tamborin berkulit dan tanpa kulit.
 
                                                    Temborin Berkulit

                                                 Tamborin Tanpa Kulit
(b)    Cara memegang dan memainkn tamborin.
         Lazimnya Temborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
  i)  Pegang Tamborim dengan tangan kanan dan goyang.
  ii) Pegang tamborin dengan tangan kiri. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin
       dengan jari tangan kanan.

1.5               Kerincing
     (a)    Rupa bentuk
              Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi berbentuk segitiga yang    
              digantung pada seutas tali pendek. Kericing mempunyai sebatang  
              besi pemukul. Apabila diketuk, ia mengahasilkan bunyi lanjut.


                      (b)   Cara memegang dan memainkan kerincing
i)  Pegang tali kericing dengan sebelah tangan dan pemuluknya di tangan
    yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak
    menyentuh kerincing.
ii) Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk bahagian segitiga
    dengan pemukul kerincing.  Ketuk tepian luar kerincing atau dalam
    kerincing.


1.6               Dram Getar/ Dram Samping

      (a)    Rupa bentuk
                    Dram samping mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya 
                    terdapat gegetar. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk 
                    memainkannya.

(b)   Cara mengendali dan memainkan dram getar
i)  Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan
    tidak rapat dengan badan dram.
ii) Pegang kayu pemukul pada hal satu pertiga daripada kayu tersebut.
iii) Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

                   
1.7         Sound Block
(a)    Rupa bentuk
              Sound Block lazimnya terdiri daripada beberapa blok kayu yang berpic   
              diatonic. Blok kayu ini dipegang oleh katak yang sesaiz dengannya yang  
              diperbuat daripada plastic ataupun kayu.

(b)   Cara memegang dan memainkan Sound Block
              Lazimnya alat ini boleh dimainkan dengan dua cara.
    i)    Dimainkan secara satu set
   ii)    Diceraikan mengikut pic yang diperlikan
   iii)   Untuk menghasilkan bunyi, ketuk permukaan logam pada sound
           block menggunakan mallet yang ditetepkan.

PENYENGGARAN
                Cara Menjaga Alat Perkusi
                (a)    Dram
                        (i)   Disimpan dengan cara berdiri tegak.
                        (ii)  Melonggarkan gegetar di bawah dram setiap kali sebeulm disimpan.  
                        (iii) Elakkan mengetuk dram dengan sebarang benda atau kayu yang tajam.  
                        (iv) Elakkan meletakkan sebatang benda  di atas kulit dram.

    (b)   Tamborin
           (i)   Tamborin harus disimpan secara baring dengan bahagian kulit di atas.
           (ii)  Elakkan dari meletak sebarang benda di atas kulit tamborin.
            Alat-alat perkusi yang lain seperti:
            -          Kastanet
            -          Kayu tik-tok
            -          Kerincing
            -          Simbal dan loceng harus disimpan di dalam kotak dengan teratur.

Penyelenggaran   

(i)  Semua alat perkusi dan alat muzik hendaklah disimpan di dalam sebuah
     almari khas.
(ii)  Murid hendaklah dilatih menyimpan alat perkusi dan alat muzik dengan
      betul selepas menggunakannya.
(iii) Murid hendaklah digalakkan mengamalkan rasa tanggungjawab terhadap
       keselamatan alat perkusi dan alat muzik kerana sebarang kecacatan akan
       menjejaskan kualiti bunyinya.

CARTA    INSTRUMENTS 

       

Di bawah ini dilampirkan dua contoh kad ikon alat genderang kastanet dan kayu tik-tok skor lagu " Katak Lompat"
                                       SKOR KASTANET                     
                                                       SKOR TIK TOK


 



Teknik Dalam Nyanyian

1                     SEBUTAN

Sebutan adalah penting dalam nyayian. Organ-organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada kordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyayian, sebutan bunyi vocal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bungyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.

Bentuk mulut bagi bunyi vokal :



2                     KAEDAH MENGAJAR LAGU

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid.

Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah seperti berikut:

2.1               Kaedah Keseluruhan Lagu
Sesuai untuk mengajar lagu pendek.
Langkah-langkah:

a)      Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.
b)      Guru nyayikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c)       Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara “humming” (atau sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.
d)      Mengikut guru menyanyi lirik lagu keseluruhannya.
e)      Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

2.2               Kaedah baris demi baris

Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan catuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu.

Langkah-langkah:

a)      Memperdengar keseluruhan lagu.
b)      Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming.
c)       Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris.
d)      Mengikut guru menyanyi dengan senikata baris demi baris.
e)      Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f)       Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.





1 comment: